Assalamualaikum W.B.T....
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi serta limpah kurnia dan petunjukNya,maka tercetuslah sebuah idea membentuk sebuah gagasan kearah penyatuan bangsa Melayu.
Tuan Puan yang dihormati....
Seringkali kita terdengar Melayu mudah lupa, Melayu bangsa lemah, Melayu pemalas, Melayu usahawan subsidi dan pelbagai ungkapan yang berkisar kepada bangsa melayu yang kurang enak kita dengar. Benarkah ini? Namun begitu, hakikatnya ungkapan-ungkapan ini adalah merupakan satu cabaran yang perlu disahut oleh bangsa melayu. Hal ini adalah kerana walau diberi berbagai jolokan namun melayu adalah satu bangsa yang kuat, teguh dan mempunyai semangat yang tinggi. Faktor ini disebabkan dari kata-kata hikmat pahlawan terbilang Melayu Laksamana Hang Tuah “Takkan Melayu hilang di Dunia”. Atas kata-kata hikmat ini maka terbentuklah sebuah penyatuan bangsa yang bakal menggegar dunia dengan menjulang nama “GERAK WAWASAN SEJAGAT”(GWS).
GWS ini dibentuk dengan mesej yang tiada lain hanyalah bersama-sama menyumbang idea, menggembling tenaga bersama-sama bagi merealisasikan kata-kata hikmat Hang Tuah.Semoga dengan terbentuknya penyatuan ini mampu menyuntik semangat seikhlas hati dengan rasa rendah diri, marilah wahai saudara-saudaraku, wahai anak bangsaku tidak kira bagaimana kedudukan, tidak kira apa jawatan sekalipun, tua atau muda marilah kita bersama-sama rapatkan barisan bersatu dalam gagasan usahawan GERAK WAWASAN SEJAGAT.
Wassalam.
‘GWS – Penggerak Wawasan Bangsa’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment